31/12/2009 (khamis) - Gunung Bunga Buah, Genting Highlands

Pada mulanya aku tak buat keputusan apa2 nk folo trip ni sbb baru lepas balik kerja..tapi atas desakan daripada kawan2..aku gagahkan jua walaupun agak keletihan..tp trip ni mmg best sbb dpt tgk bunga api kat genting highlands..kalau ikutkan sebelum ni dok memerap ja kat umah, xbuat apa..so thn ni ada kelainan sikit nk sambut tahun 2010..

Ikutkan kul 6ptg kami diarahkan berkumpul di tangga besar UIA tp memandangkan 1st trip bergerak dlm kul 5ptg so team ygg 2nd trip akan bergerak dlm kul 8mlm..jadi aku, fifa dan awi amek keputusan balik umah makan2, solat dan buat apa yg patut dulu..

Kul 8 kami semua berkumpul dan dlm kul 9 mlm kami bergerak naik..semuanya dlm 11org termasuk pemandu (amin) dimuatkan dlm 1 van..kami smp kat gohtong dlm pukul 10mlm dan diarahkan terus gerak melalui kebun sayur dan jalan balak..

dalam van sebelum bertolak

Kami sampai di checkpoint seterusnya dlm kul 12 tgh malam utk berhenti melihat bunga api yg diadakan di Genting Highlands..walaupun agak samar2 janji kami dpt melihat percikan bunga api.

Untuk trip yg ke-2 ni semuanya smp dlm kul 2.30pg..huhu penat giler kot..tp tak pa akhirnya sampai jugak puncak..tp yg best aku terserempak ngan budak2 ex-uitm @ PERSI..sonok giler..dpt jumpa chaoi, andy n ipin..lama giler kot tak jumpa diaorg.

di puncak gunung..sambil yg lain menyediakan sarapan


1/1/2010 (Jumaat)

Dah puas lepak dan ambik gambar, kami semua bergerak trn dlm kul 12tghari..ini la aksi2 dari diaorg..haha..biasala..view kat sini ckp cantek..

Kami semua smp di Gohtong dlm kul 2 lebih..semua bersiap2 dan terus bergerak balik ke UIA..

2/1/2010 (Sabtu) - Gunung Datuk, Negeri Sembilan

"Ko kat mana skrg"
"Aku kat umah..knp?"
"Siap skrg jap gi aku amek ko kat umah"
"Ish aku tak mau pi la..penat la lgpun brg aku byk yang tak dak ni"
"Ala bawak baju ngan seluar je pn..siap je la aku bg masa kat ko 10minit..nnt aku amek ko"

Hampeh!! xsempat aku nk ckp apa2 pn..dia terus letak telefon..terpaksa la aku bersiap2 apa yg patut..huh! siap la ko jama..aku sigi kepala ang haha..

Sejam lepas tu dia sampai dan kami terus bergerak ke Wangsa Melawati nk mengisi perut yg lapar..dan seterusnya kami terus bergerak ke Terminal 1..emmm rupa2nya program XPDC Gunung Datuk ni utk budak2 yg menyertai I CON SEARCH 2010..dlm part ni nk menguji tahap fizikal dan mental diaorg..

Tiba di kaki Gunung Datuk dlm kul 6 ptg..

pihak committee bersungguh2 menyiapkan BBQ diaorang..

Muka2 kebosanan haha..nasib la

Kami semua diberitahu dlm kul 2.30pagi ari ahad (3/1/2010) berkumpul dan bergerak utk ke puncak..

3 teruna pingitan yg agak macho

antara peserta I CON SEARCH 2010

ni bukan peserta yek..hanya sekadar main2

Kami semua tiba di puncak Gunung Datuk dlm kul 6pg..huhu suasana yg sejuk dan angin yg best membuatkan kami semua ingin tidur ja kat atas puncak sambil menunggu matahri naik.

aksi 2 lelaki yg agak control macho @ perasan


Kak pah tgh pikir nk pilih yg mana 1 ni..

Aksi yg agak sewwt dr diaorg ni..


ni lagi muka kebosanan

Kami semua bergerak turun dlm kul 8 dan sampai dlm kul 10 lebih..

p/s: korang semua best..lenkali jgn lupa ajak naik gunung lg eh..

Macamana nk bgtau mak ni? Emmm nk bgtau pn takot sbbnya time raya haji plak tu..tp apa2 pn aku kena beranikan diri nk bgtau kat dia jgk..aku takot MAK BISING kalau aku ckp aku nk naik gunung pas raya haji ni..mesti dia tanya brp ari..brp lama..huhu..tp yang pasti dlm 2,3 ari jgk la

Alhamdulillah..mak tak kesah nk lepaskan anak dia yang sorang ni..hehe..tu pun kena berleter smp berasap jgk la telinga ni hehe..apa2 pn gunung tu kena jgk aku tawan (ceh ayat poyo kot)..ari jumaat dan sabtu lepak umah ja..malas nk gi beraya umah kawan2..so ari ahad aku kena gerak ke Gopeng..

Aku dan khainis smp paling awal di Medan Gopeng dlm pukul 4 ptg cam tu la dgn diiringi oleh anak2 saudara aku..Kak Long, Mamat & Akmal..
Memandangkan menunggu si Ejad ni pny la lama..aku ngan khainis pegi mengisi perut kami yang lapar ni di McD..nk melantak prosperity burger..

Pada pukul 8mlm baru la si ejad dan pakngah smp dengan menaiki lori pakngah..semua dh berkumpul di situ utk menuju ke Pos Brooke. Aku, Iz dan kakpah tumpang si hadi ke Pos Brooke..sementara yang lain naik lori..
Kami tiba di Pos Brooke pukul 9mlm dan bermalam dekat surau yg ditinggalkan..

bergambar beramai2 sebelum memula kan perjalanan (10 org semuanya)

Kul 10 lebih kami packing brg dan terus gerak dengan diiringi oleh guider kami yg sgt best dan lucu..mmg tak kering gusi dibuatnya sepanjang perjalanan..kami semua dh bersedia nk menawan puncak yong yap..hanya 10 peserta kali ni yg confirm utk trip ni.

sekolah Pos Brooke

berhenti berehat hilangkan penat

kami tiba di Kem Tahak @ Kem Neraka Agas pada pukul 6 ptg..penat tu jgn ckp la sbb merentas sungai lagi penat rasanya..lesu badan di buatnya..So kami pasang khemah nk bermalam di kem ni..

puncak yong yap nk ditawan

akan lalu umah orang asli


burung spesis helang yg patah sayapnya

Pada malamnya pulak ejad cuba memberi cadangan..nak gerak ke puncak dlm pukul 3 pg..huhu aku sgt tak bersetuju sbb aku malas nk bgn awal2 kot hehe..tp memandangkan ramai yg nk tgk sunrise..aku gagahkan jua..

Pada pukul 3 pg..kami semua bersiap2 utk menawan puncak yong yap..dlm perjalan hujan turun dengan lebatnya (awat ayat aku agak skema)..dlm hati aku ni "emmm mmg tak dpt la tgk sunrise pg ni hehe" nk buat cmner..kita tak leh halang kuasa Allah kalau hujan rahmat diberinya..

Kami smp ke puncak dlm pukul 9 pg..huhu puncak sgt saiko dan sgt memberi kesan pada aku..huhu..penat kot..tp alhamdulillah semua selamat sampai dan trn..dlm pukul 12 kami semua gerak trn ke kem..

yahoooo!! alhamdulillah dh ditawan

Ada aku kesah!!

Well..ayat aku agak berbisa 2,3 ari ni sbb "aku malas nk update blog"
Aku post la status kat facebook..so ada la komen2 yg agak menyakitkan hati tp "ADA AKU KESAH" ngan korang pny komen..kalau korang komen tak payah pn..suka ati aku la ni aku punya blog..bukan susah payah korang nk taip ke nk pecah kepala suh tulis apa ke..kalau tak nak baca..sila bawak diri ataupun click ke page yg lain..seriously aku agak nk membidas jgk la..geram sbb aku tak suh pn korang baca..kalau tak mau baca..tutup ja aku punya page ni..SENANG!!

Xkira la aku ni jiwang ke apa ke..aku juz nk luahkan kat dlm blog ni sbb aku pn nk tgk balik kenangan2 aktiviti aku, keadaan susah duka aku..aku pn tak kacau hidup org if aku tak update blog pn..

p/s: next entry - Gunung Yong Yap..akan di update

Huh!!! banyak sawang kat blog aku ni..walaupun kejap update..kejap tak update..itu tak bermakna aku tak tinjau blog aku ni tp sebenarnya aku malas nk update..banyak citer sbnrnya sejak kebelakangan ni yang terjadi tp aku malas nk citer kat blog ni sbb agak personal sgt..biarlah hanya aku dan ALLAH sahaja yg mengetahuinya..mungkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi..dugaan dariNya kita tak dapat lari..kena tempuhinya jua..

ok aku nk citer pasal pengembaraan aku..
dalam bulan 9 sebelum kita berpuasa, aku kena pegi Kem Teratak Riverview, Tg. Malim..ada acara di sana yg kena aku handle tp aku tak citer pn kat dalam blog ni..aku juz upload dlm facebook ja hehe..biasa la kalau dh malas.
Macam2 aktiviti yang dijalankan utk student2 IIUM ni..program ni diberi nama "Outing Practical Level 2"..benda ni wajib kena ambik kalau tak grade la korang..
antara aktivitinya: Table Planning, Fire Craft, Camp Craft, Silent Signal, Tubing, Rescue dan River Crossing..best kan dia pny aktiviti..tp bg yg tak gemor tu biasa la..byk la merungutnya

CUS (Chamah Ulu Sepat) jadi Stong Ayam

Ok..next nye aktiviti aku ialah mendaki gunung..harap2 sangat kali ini menjadi sbb ari tu dh buat dh tp apa yg jadi ialah CUS jadi Stong Ayam huhu..rasa terkilan pn ada gak time tu sbb aku nk settlekan trip yang mengambil masa seminggu ni sebelum aku dpt keja lain..memandangkan tempat keja aku dulu senang nk amek cuti a.k.a sanggup 'unpaid leave'..

Pengembaraan aku akan bermula kembali setelah sekian lama meninggalkan aktiviti ni..last mendaki ari tu bulan 4 masa gi Gunung Merapi kat Indonesia..harap sangat dpt settlekan G7 aku..doakan aku kawan2..

Hening di pagi Raya

Salam Aidilfitri buat sahabat2 ku yang jauh di mata (member2 SMKTT, UiTM Perak batch 2001..maaf dipinta kepada yg dekat di mata (member2 opis IP Gombak dan Kuantan dan tak lupa jgk staff Kull. of Sciene)..mohon maaf segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita bersama..

Aku rasa Aidilfitri sangat hening dengan ketiadaan ayah tersayang disisi..
Kalau nak balik ni ayah la sibuk telefon anak2nya yg jauh dr kedah..aku dan kak ana especially nya..ayah la yang sibuk beli daging, beli ayam, beli daun palas dan santan..semuanya dia akan belikan..pantang baginya daging sbb ayah mmg jaga pemakanan dia..sbb ayah ada darah tinggi..tapi kali ni balik ayah tak der dh nk tunggu depan pintu..

AYAH..ceq sayangkan ayah..

Pas ni dah tak der semuanya..mak la yang sibuk sekarang ni..tak pe mak kami semua masih ada disisi utk menjaga dan menghiburkan hati mak..aku sangat kagum dgn mak aku sbb dia sangat kuat..

Kenapa ada benci pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita membenci. Kenapa kedekut kasih sayang pada orang yang sepatutnya kita memberi? Kenapa bakhil kemaafan pada orang yang menyakiti? Kenapa tiada ukhuwwah, padahal insan lebih mulia daripada haiwan. (Kata-kata Hukama')

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". (Mafhum, QuranSurah as-Saf ayat 3)

~Biar buta mata, jgn buta hati, biar Org x suka, asal Allah x benci. Berpesan2 kita sentiasa, sama2 muhasabah diri, ingatlah, Dunia ini hny boneka, akhirat itu yg Abadi. v(^_^)v


~Salam Ramadhan kareem & Aidil Fitri yg mulia. Maaf zahir batin kepada sahabat2 ku semua. kullu 'amun wa antum bikhaer..hehe v(^_^)v

Ramadhan Untukku

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

selamat menjalani ibadah berpuasa, marilah kita berlumba-lumba meraih keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar pada dosa-dosa yang menghitami hati kita..sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...

Bak kata sahabat saya.. Ramadhan itu senantiasa diharap kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Tatkala bersua, rasa tidak mau berpisah walau sedetik..

Begitulah yang digambarkan dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Khuzaimah, " Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik keberkatan Ramadhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah bulan Ramadhan..

Kata sahabat saya yang lain..
Jika HARTA ibarat RACUN, maka ZAKATlah PENAWARnya, jika UMUR membuahkan DOSA , maka TAQWA dan TAUBATlah UBATnya, jika seluruh bulan itu penuh dengan NODA, maka RAMADHANlah PEMUTIHnya..

Pendek kata, memang sangat merugikan kiranya kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk memperbaiki amalan-amalan kita.Selamat menjalani ibadah puasa, moga diampunkan segala dosa, dilipatgandakan ganjaran pahala di sisi Allah-salam ramadhan kareem-

PENGENALAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada ta
hun keempat Hijrah.

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.


Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.


(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: ayat 31).



KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN


Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan , kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin , tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji , kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ?? Samada menunjuk-nunjuk atau nak kutip derma.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam , pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias...Set barang kemas, tas tangan dan baju semuanya sedondon Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Kekadang si isteri hanya pentingkan kecantikan diri, baju mahu cantik elok bergosok tapi si suami baju pakai tangkap muat. Bergosok pun tidak dan kalau ada pun perlu disuruh oleh suami. Ada ketikanya tidak memperdulikan nasihat suami dengan pakaian yang ketat dan kalau bertudung ikutan fesyen. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


 

Blog Template by infintyskins.blogspot.com. Sponsored by Business Web Hosting Reviews